<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Atika, 24yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:



recent update :
Updated.
written on September 15, 2013 @ Sunday, September 15, 2013 ✈


Assalammualaikum.
Oh hi everybadeh! Hm once upon a time, this blog have been ignored almost half a year. Eh whatever. Lets begin our class today. Selama blog ni dibiarkan, aku hanya aktif join giveaway dan dan dan adalah menang satu giveaway tu but unfortunately time tu aku busy dengan sekolah dan tak online beberapa minggu. Lupa pasal GA. Jadi, aku terlepas untuk tuntut hadiah sobsobsobs wae like this ;-; Ketika itu bulan puasa dan aku memang jarang online. Argh! Okay kita lupakan. Apa yang berlalu biar berlalu. Usah kita kenang kenang ecewah. Dari minggu lepas sampailah minggu depan, aku memang busy. Ceh mengalahkan orang berjawatan besar. Biar aku catat satu satu peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas. Malas nak buat post satu satu.

Selasa, 3 Sept. 

Aku masuk pertandingan kuiz alam sekitar. Tapi ini adalah peringkat saringan. Kalau terpilih, dapat ikut kem pendidikan alam semula jadi. Program ni dilaksanakan oleh USM. Soalan kuiz dijawab macam jawab peperiksaan. Soalan dia semua susah. Sigh. Setiap negeri akan menghantar wakil satu kumpulan sahaja tapi yang ikut ujian saringan hm satu buah sekolah menghantar kira-kira 12 kumpulan atau lebih. Acane tu? Haha memang tipislah peluang tapi takpe. Yang aku ingin hanyalah sijil. Muehehe. Kalau dapat ikut serta kem pun aku rasa best juga. Boleh kenal dengan tumbuhan tumbuhan, hidupan didalam hutan, etc.


Sabtu, 7 Sept. 

Program merdeka raya 2013. Kena sekolah atas sebab cuti sempena raya. Belajar pun setengah hari je tapi aku memang tak masuk kelas pun. Ramai pelajar tak datang dan yang cina terlibat dengan perbahasan. Terpaksa gabung dengan kelas 4 Sains. Aku tak masuk kelas sebab mesti tak belajar. Dua, nak tengok latihan dodgeball. Sepatutnya aku pergi tapi dah pakai baju kurung, nak berlatih macam mana. Ha, disebabkan merdeka raya, semua pelajar melayu Islam digalakkan atau afdhalnya disuruh pakai baju kurung raya/baju melayu dan berkasut sekolah. Hahaha okay ini yang lawaknya. Baju kurung with kasut sekolah. Memanglah dah biasa pakai baju kurung sekolah dengan kasut sekolah tapi itu lain. Disebabkan itu ramai pelajar merungut. Bagi aku, tak kisah lol. Sebabnya aku pernah buat camtu. Haha masa sekolah rendah bila time nak beli barang raya mesti aku beli kasut. Lepastu pakailah baju kurung raya dengan kasut. Peh rugged haha. Bila dah masuk sekolah menengah tambah kena marah dengan mama aku, kenalah ubah ya. Mama banyak kali bising sebab tu.

 'Apalah perempuan pakai baju kurung tapi pakai kasut'
'Apa salahnya'
'tak sesuailah'
'habistu nak pakai apa?'
'pakailah sandal ke, kasut tinggi ke?'
'high heels? Nowayy'

Yang bawah bawah tu aku tokok tambah haha. Abang aku pun bising sebab adik dia ni nak reti nak melawa, katanya. Heh sorry that's not me tu melawa melawa. Aku lebih prefer kasut sebab ianya selesa. Tapi sekarang dah tukarlah. Macam hm apa eh yang kasut juga tapi taklah tutup semua .__. Ah lupalah apa nama kasut tu. Lupakanlah. Jadi, program itu dilancarkan selepas rehat. Aku jadi sukarelawan untuk bantu mencedok cedok makanan untuk semua budak. Lol macam tak ikhlas je hehe ikhlaaaas. Dekat 37 orang pelajar jadi ARP rakan muda. Hm hm dah taktahu nak taip apa. 






ARP Rakan Muda form 4. Ada seorang je lelaki.


ARP Rakan Muda form 5 



Selasa, 10 Sept. 

The best day. Belajar buat autocad plus siapkan kerja kursus lukisan kejuruteraan. Aku ingatkan benda ni sangat susah tapi okaylah cepat faham apa yang cikgu ajar. Pelajar LK hanya 10 orang sebab subjek LK masih baru kat sekolah dan subjek ni selalu kat sekolah teknik dengan vokay je yang ada. Pukul 7.40pagi kitorang semua pergi kolej komuniti Kota Tinggi. Kolej itu sangat nyaman dan sejuk. Iyelah kolej itu bersebelahan dengan pantai desaru. Takde bunyi bising macam kat tempat tinggal aku. Kawasan perindustrian, banyak lori haih bising. Haa kat situ ada suatu bunyi, kuat. Dia berbunyi setiap hari. That's thing untuk menghalau burung. Time tu sunyi. Tak ramai pelajar. Ke cuti eh. Apa apa jela. Masuk je bilik komputer, terus pergi komputer yang paling depan sekali. Cikgu tu ajar perkara asas sebelum buat autocad. Semua dah cuak sebab soalan yang kitorang kena buat susah. Ada lengkuklah, bulat. 


This is the easiest one. Eceh konon tapi aku sibuk seru cikgu cikgu. Haha k

Buat yang ini paling tragis. Sobsobs. Ianya susah sebab kena buat line berwarna tu dan garisan dia ada yang tak sharp. Kalau garisan tak sharp, pemeriksa boleh detect. Habis ah punah ranah lukisan kejuruteraan aku. Bila nak start pun aku dah terkial kial sebab taktahu nak mulakan dari mana. Yang kotak warna putih the first one yang kena buat barulah buat soalan dia. Thanks to cikgu Hazarin sebab tolong aku. Time ni dah banyak kali kena sindir dengan cikgu  LK sebab yang lain aku dapat buat cepat tapi yang ini terus blur. Terpaksa tukar komputer sebab komputer yang aku guna tak boleh nak detect pendrive aku. Semua kerja kena masukkan dalam pendrive dan pemeriksa akan check satu satu. Apa apa pun alhamdulillah siap juga. BEESSSSSTT ;~; Serius nak buat lagi. Autocad lagi senang dari main dengan photoshop lol.



Rabu, 11 Sept. 

Hari jadi guru kelas, cikgu Sutha dan Elma. Birthday ibu dan anak muehehe. Cikgu ada bagi sebatang pen dan coklaaaaaatt tapi coklat tu hilang sobsobs sebab aku masukkan dalam peti ais dan bila tengok esoknya, hilang. Heh baguslah -.- Haritu perancangan kitorang menjadi. Takde seorang pun yang bocorkan plan pada cikgu Sutha. Buat surprise masa yang last, subjek LK/Akaun dan kitorang pelajar LK tak perlu masuk bengkel sebab cikgu tak datang. Plan awal kitorang akan keluar cam biasa konon pergi bengkel tapi sebenarnya kat luar kelas je. Kelas kitorang paling hujung dan tingkat atas sekali jadi takdelah menganggu pelajar lain belajar. Biar cikgu mengajar untuk satu masa dan bila masa kedua terus masuk. Hanis dan syira pergi ambil kek. Ada dua kek, cheesecake dan kek coklat. Bila kek sampai, Angela dan Syira bawa kek dan kitorang semua terus nyanyi happy birthday. Cikgu terkejut. Yeaahh menjadi lol. Dapat makan sepotong kek je sebab aku jadi photographer sobs. 


 Elok je aku tengah snap gambar, tetiba ada makhluk ni terus calit kek kat muka. Kuajak Elma ni. Tahulah birthday girl. Terus kejar dia dan aku dapat. Main main lagi en. Terus sambung jadi photographer tak berbayar.


Jumaat, 13 Sept. 

Hari penyampaian hadiah untuk yang masuk pertandingan semasa bulan kemerdekaan. Kelas aku dapat no.4 dalam koir, ke-3 lukisan mural. Semua pesta makan jajan. 





Semua muka bahagia dapat hadiah hahaha.

Minggu depan hari jumaat, 20 sept sampat isnin, 24 sept aku pergi pantai timur. Wuuuu 


Panjang aku buat karangan. 
Just that. Kbaiii





Labels: , ,


0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life