<body>
bonjour ~

Welcome fella! This blog gonna make you thrice times to think whether to read or close xD

: Atika, 24yo, malaysian .
+ follow | twitter | ask me

chitchat:



recent update :
My first day in SMK Indahpura 1
written on January 02, 2013 @ Wednesday, January 02, 2013 ✈


Assalammualaikum.
Myungsoo handsome. Kalau lah kau satu sekolah dengan aku kan best. K berangan. Aku tak kenal sangat dengan bebudak kat sana. What the life T.T

Pukul 7.30pagi baru sampai sekolah. Budak baru, buat macam sekolah sendiri. Cepatlah jugak berbanding pelajar baru yang lain. Macam biasa muka aku ketat sesangat. Haha. Tak reti nak senyum. Sekolah Indahpura ni banyak laluan. Aku lalu laluan bawah tanah untuk pergi pejabat. Disebabkan hujan, pelajar beratur kat dewan. Jadi line clear, taklah malu sangat. Naik keatas, aku tengok dah ramai orang yang tunggu. Ramai lah jugak budak baru tapi tak tahu form bape semua tu. Form4 ada 6 orang. Mak aku nak balik awal, dia cepat cepat daftarkan aku lepastu terus pergi. Adik aku nak masuk tadika. Nasib je Anira, kawan sekolah rendah ada sekali. Dia pindah jugak. Kena tunggu dekat sejam setengah kat sana. Pehhh bosan giloss -.- Dalam masa yang sama budak form5 nak naik pergi kelas. Yang tak bestnya diorang lalu tempat pendaftaran tu. Aku apalagi terus paling muka kearah yang bertentangan sebab ada ex crush aku. Lololol. Boleh pulak dia perasan. Dia tengok je. Aku dah 'boleh blah cepat tak?' Hahaha. Fahira boleh pulak datang lambat. Pukul 8pagi something baru sampai. Aku tanya dia bukan kau nak datang pukul 7 ke? Dia lambat sebab tunggu parents. Dah agak semua orang dah daftar, ada cikgu tu panggil masuk dalam. Kitorang kena tulis nama, IC dan result PMR. Dah tulis tu dia halau pergi dewan. Aku pun jalan ikut belakang Anira. Seperti yang diduga semua orang tengok kitorang pelik semacam. Nasib baik ada form4 je kat situ sebab yang lain form dah masuk kelas. Takde lah cam kitorang kena kepung sebab melakukan jenayah yang berat. Ahaks. Budak laki duduk belakang kelas PK1 sebab diorang je yang duduk dan barisan diorang panjang. Cikgu yang tadi tu pun datang dan arahkan duduk ketengah. Dia kesian kot tengok aku duduk kat tempat panas tapi kalau boleh aku lebih suka cikgu biarkan. Aku cakap 'takpe cikgu. Panas sikit je.' Dia still dengan pendirian dia. Haih susah betul. Aku selamba je jalan pergi depan ketengah. Lantak pi lah kau nak tengok aku sangat kan. Kat sana tak buat apa apa pun. Just duduk dengar cikgu tu membebel kat depan , terangkan pasal aliran form4. Aku antara dengar tak dengar je sebab tak minat langsung nak amek tahu. Aku ikut je cikgu ni campak aku memana. Semua cikgu memang tak puas hati. Bebudak ni tak reti diam langsung. Memekak je dan yang buat bising budak cina. Ugh aku sangat fedup sekali. Masa cikgu membebel kat depan, aku setiap masa merungut nak pindah dan mengantuk. Haha kalau boleh aku nak pindah balik KB. Aku tak tahu camne nak sesuaikan diri kat sana. Dah lah budak melayu berapa orang je. Memang majoritinya cina lah. Yang aku tahu ramai bebudak Indahpura ni Kpoppers, itu pun cina. Kalau kat sekolah aku tak ramai. Bape kerat je. Aku tahu pun sebab cina ni ada gantung keychain gambar gambar Kpop dan ada yang guna beg Kpop. Ada bigbang. Aku naaaakk. Memang boleh spazzing pasal Kpop kat sekolah lah lepasni. Haha okay lupakan. Aku nak study bebetul tahun ni. Ahaks In shaa Allah boleh.

Aku asyik bising bila nak rehat, bila nak rehat, bila nak rehat. Aku lapar sebab tak makan apa apa pagi tu tapi memang kebiasaan aku memang jarang makan pepagi. Aku mudah sakit perut. Ingatkan rehat pukul 10.. haha lupa dah menengah atas. Rehat pun dah lambat ;__; Shitto.
Yeah, finally boleh rehat! Haha aku lah orang paling gembira time tu. Kantin nya bawah tanah, aku cakap dekat kawan aku kalau ada gempa bumi berlaku.. confirm orang yang kat bawah mati dulu. Okay tak lawak. Lol. Tak best nya sebab ramai pelajar dan aku tak tahu nak beli makanan kat mana. Aku tanya kat kak Siti. Dia yang tolong guide kan. Hahaha saja je panggil dia akak. Dia sebaya dengan aku. Macam biasa aku akan rempuh sesiapa je yang halang laluan aku. Budak baru tak budak baru kesah pulak aku. Janji aku dapat makan. Haha. Kantin tu boleh dikatakan dah di conquer oleh form5. Jadi aku duduk kat tepi gelanggang bola keranjang. Kat situ ada tempat duduk. Tak lah jauh sangat sebab sebelah je. Masa jalan kat tempat duduk, Fahira boleh pulak cakap 'Tika kau punya baju menyala lah. Sakit mata.' Haha baju baru kan memang lah menyerlah kalau kena cahaya matahari. Dapat duduk je aku terus complaint. Macam macam benda yang tak kena kat mata aku. Padang diorang kecik lah, sekolah situ jalan sikit mesti tembus memana. Nanti aku sesuaikan diri. Habis je rehat kena masuk dewan balik. Ah bosan nya. Aku pun pergi tempat tong sampah nak buang plastik makanan dan minuman. Aku ada nampak ada orang yang menghampiri tapi disebabkan aku jalan menunduk, aku tak perasan siapa orang tu. Buang je sampah budak tu tegur.

Dia: Asal pindah sini?
Aku: Astaghfirullahalazim!
Budak tu terkejut sebab aku mengucap. Haha. Kau tegur tak bagi salam dulu memanglah aku terkejut -.-
Dia: /Masih dengan soalan yang sama.
Aku: Sebab dekat dengan rumah.
Dia: Dapat kelas apa?
Aku: /Geleng kepala.
Dia: Result kau dapat berapa?
Aku: Entah.
Dia: Eleh tahu lah pandai. 5A?
Aku: /Geleng kepala
Dia: 6A?
Aku: /Geleng kepala.

Nasib baik dia dah habis waktu rehat jadi tak boleh nak berbual lelama sangat. Hahaha. Kau lagi pandai dari aku sebenarnya. Nak tahu siapa? Ex kokocrush aku. Lol lepas dia tegur aku terus 'Yeah! Dia tegur. Dia tegur. Dia tegur' Lol.

Aku tanya Fahira, asal kau tak bagitahu aku yang dia datang kearah aku. Dia jawab, dia tak perasan dan kau jalan laju. Mana sempat aku nak bagitahu. Memang aku jalan laju pun. Haha. Naik atas ke dewan kena dengar cikgu membebel lagi. Boleh pulak dia suruh budak baru ni buat satu barisan kat tengah tengah budak form4 tu. Wth -.- They stare at us. Dah lah kena duduk sebelah laki. Budak perempuan kan beratur belakang, yang laki depan. Kitorang lak ada 6 orang je, 3lelaki 3perempuan. Memang bising lah kat situ. Ada pulak mamat ni main baling baling pemadam. Aku cepuk jugak kang. Cikgu kat depan cakap syok sendiri. Pelajar semua buat bising. Cina kat belakang buat mesyuarat tergempar. Memang mengantuk sesangat aku masa tu. Pinjam badan Fahira untuk melentokkan kepala. Aku nak balik. Nak balik. Haih. Dekat pukul 12 baru cikgu bahagikan kelas. Aku dapat kelas 4 Teknik 1. Hurm syukur jela. Kelas ketiga selepas 4SN1, 4Teknikal. Aku masih tak faham kelas teknik ada subjek apa je. Tadi tanya kokocrush aku, dia terangkan tapi aku tak faham. Lolol. 



Akhirnya balik. Jyeeaahh! Pukul 1.05 baru cikgu lepaskan. Aku masih balik lambat harini sebab kena beli buku tulis. Ramai kat sana. Balik jalan kaki. Kalau bawa buku 10biji buku takpelah jugak ni kalau dah berpuluh mana tak penat. Boleh tahan jauh lah rumah aku dari sekolah kalau ambil masa 30minit untuk sampai. Tak larat. Pukul 2 baru sampai. Mak aku offer naik van sekolah. On je. Tak tahu bila nak naik. Mak aku tak call lagi. Esok jalan kaki pergi sekolah. Tadi pagi boleh pulak hujan, aku harap esok pagi tak lah. 

Masuk bilik, check phone ada message. Kuajak betul budak tu -.- Mandi, makan dan online! Haha. Buka je twitter ramai update pasal homework. Fortunately, aku takde langsung homework sebab tak masuk kelas lagi dan tak kenal langsung siapa yang mengajar nanti. Esok baru dapat buku teks. Sekolah tu memang lambat lah. Okay kutuk sekolah sendiri. Hahaha. Aku rindu Sarah, Nurin, Syafiqah, Aina dan Izza TT__TT Untunglah korang dapat kelas sains. Ugh takpe. Aku ingat nak try ambil LKJ. Itu pun kalau kelas aku ada lah aliran tu. Tadi cikgu terangkan aku tak faham. Dia cakap ada 5 pilihan. Tak tahu samaada boleh pilih ke tak. 

Aku tadi tertidur lama. Hurm jangan tidur lambat malam ni, dah lah.
Just that. Done merepek meraban. Pening aku baca balik. Haha.
Kbaaaiiii.

0 comment[s] | back to top






© 2012 - Layout created by Afeeqah.
Do you know ? Honesty is the best policy in life